Sejarah PSS To' Puan Seri Halina
PSS To' Puan Seri Halina adalah PSS SK Kompleks seberang Takir. Ianya telah diwujudkan selaras dengan penubuhan sekolah ini. Nama PSS To' Puan Seri Halina adalah diambil dari nama To' Puan Seri Hajjah Halina Binti Zakaria, isteri kepada YAB Dato Seri Haji Ahmad Razif Bin Abdul Rahman - Menteri Besar Terengganu.
To' Puan Seri Hajjah Halina Binti Zakaria juga merupakan bekas guru di SK Kompleks Seberang Takir. To' Puan Seri Hajjah Halina Binti Zakaria telah banyak membantu sekolah dari segi Idea dan perlaksanaan pelbagai program sekolah.
PSS To' Puan Seri Halina ini terdiri daripada beberapa bilik. Hal ini bertepatan dengan Konsep PSS To' Puan Seri Halina iaitu " PSS adalah Nadi Pembelajaran Kepada Bilik-Bilik PDP Lain " PPSS To' Puan Seri Halina mempunyai bilik pembelajaran utama seperti :-
01. Perpustakaan
02. Bilik Bahan Bantu Mengajar
03. Bilik SAL Bahasa Inggeris
04. Makmal Komputer
05. Bilik Menara Siber/Bilik Maya
06. Bilik Galeri
Maklumat Sejarah PSS Sekolah
Oleh sebab wujudnya perkembangan yang pesat dalam bidang mekanik dan elektronik perpustakaan tradisi yang pada suatu ketika dahulu dipenuhi dengan bahan-bahan bercetak sahaja kini terpaksa memperluas bidang dan fungsinya supaya dapat dimanfaatkan dan berkesan lagi.Dalam hal ini, perpustakaan tradisi terpaksa memperbanyakkan bahan-bahan keperluan yang bukan sahaja terdiri daripada bahan bercetak tetapi juga merangkumi bahan-bahan bukan bercetak seperti alat pandang dengar dan alat elektronik, contohnya filem, kaset, slide, televisyen dan radio.
Pada peringkat permulaannya sesebuah pengajaran dan pembelajaran diasingkan dan tidak ada penyelaras khas atau guru yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tugas penyelaras di bidang perpustakaan atau media.
Penggunaan Pusat Sumber STARS telah meningkat dari semasa ke semasa. Perpustakaan yang terletak di tingkat 3 , Blok B yang dilengkapi dengan pelbgai kemudahan telah menarik minat pelajar untuk memanfaatkan penggunaanya.Begitu juga dengan Bilik Bantu Mengajar yang terletak di tingkat 1, Blok B telah memudahkan guru-guru menggunakan alat BBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Makmal Komputer ynag terletak bersebelahan kantin telah dimanfaatkan oleh murid-murid dan guru-guru melayari internet (School Net). Penggunaan Makmal Komputer ini telah menjadikan murid-murid STARS celik komputer. Makmal Komputer ini mengandungi 10 buah komputer sumbangan JPJ dan 41 buah netbook untuk dimanfaat oleh guru-guru dan murid-murid di STARS.
Bilik Menara Siber atau Bilik Maya telah menggantikan Bilik Tayangan. Bilik Menara Siber ini terletak di tingkat 2 , Blok C. Bilik Menara siber ini berfungsi sebagai tempat murid-murid dan guru-guru untuk mengakses internet melalui crome book,e-Book atau Smart Board. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dipelbagaikan dengan penggunaan ICT.
Bilik Galeri yang mula beroperasi pada bulan Oktober 2014 berfungsi sebagai sebuah tempat yang menyimpan pelbagai bahan , dokumentasi , data-data pencapaian sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum serta pelbagai khazanah sekolah. Bilik Galeri ini menyimpan dan mempamerkan bahan-bahan sejarah sekolah sejak dibuka pada tahun 2002.
Adalah diharapkan agar penggunaan Pusat Sumber sekolah akan terus meningkat dan memberi lebih banyak manfaat kepad guru-guru dan murid-murid SKKST.